Seorang operator kilang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM7,500 di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sepasang cermin mata berjenama dua minggu lalu.<br /><br />Tertuduh Mohd Ezry Azhari, 37 tahun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Nabilah Nizam.
